Site Loader

1.0 Pengenalan
Perkataan maritim berasal dari Bahasa Inggersi iaitu Maritime. Perkataan Maritim merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di pesisiran laut atau pantai. Maritim digunakan dalam pelbagai aspek seperti kerjaaan maritim yang bermaksud kerajaan yang terletak di pesisiran pantai atau laut. Manakala, Sejarah kegiatan maritime telah muncul di kerajaan awal di Asia Tenggara. Antaranya, Kerajaan Srivijaya adalah sebuah kerajaan maritim yang kuat antara abad ke-7 dan ke-13. Kerajaan Srivijaya mempunyai pengaruh yang besar di Nusantara, Thailand, Sumetera dan Kalimantan. Kerajaan Srivijaya melakukan kegiatan maritime seperti pengedalian perdagangan laut antarabangsa. Kerajaan Srivijaya bukan sahaja mengadakan hubungan perdagangan degan negeri-negeri kepulaun Melayu, Malah kerajaan juga mengadakan hubungan perdagangan laut dengan negara luar seperti China dan India. Pada abad ke-15, Melaka telah menjadi pusat pelabuhan yang penting di Asia Tenggara. Hal ini disebabkan kedudukan geografi yang strategik. Kedudukan strategi membolehkan kapal-kapal berlabuh dengan mudah untuk menurunkan barang dagangan dan mendapatkan barang keperluan. Begitu juga semasa zaman penjajahan British, Singapura, Pulau Pinang dan Melaka menjadi tempat pelabuhan yang penting. Oleh itu, Kegiatan maritim telah menjadi salah satu sumber ekonomi yang penting sampai kini.

Hal ini telah menunjukkan bahawa sektor ekonomi maritime merupakan sektor yang tidak boleh diabaikan terutamanya negara Asia Tenggara Kepulauan. Asia Tenggara Maritim seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filippina mempunyai potensi untuk mengembangkan sektor ekonomi martim berbanding dengan Asia Tenggara Tanag disebabkan kedudukan geografi. Oleh itu, kerajaan Asia tenggara telah memlaksanakan pelbagai projek dan dasar untuk membangunkan sektor ekonomi maritime. Malah, kerajaan Asia tenggara telah mempelbagaikan sektor ekonomi maritime. Sektor ekonomi maritim bukan sahaja untuk tujuan komersial, malah ia juga dibangun menjadi tempat rekreasi. Dalam kertas ini, soalan akan dikaji apakah sumbangan dan kepentingan sektor ekonomi terhadap pembangunan ekonomi negara-negara Asia Tenggara.2.0 Jenis Kegiatan ekonomi Matirim
Kegiatan ekonomi maritim sudah berkembang semasa kerajaan awal seperti kerajaan Srivijaya. Pada umumnya, kebanyakan kegiatan ekonomi maritim pada awalnya adalah perikanan dan pelabuhan sahaja. Kini, kegiatan ekonomi maritim bukan sahaja bukan tumpuan kepada tujuan komersial, malah kegiatan ekonomi maritim juga menjadi kegiatan pelancongan dan lain-lain. Oleh itu, pengkaji akan membincang tentang pelabuhan, perikanan, perlombongan gas dan minyak asli serta pelancongan maritim
2.1 Pelabuhan
Pelabuhan merupakan Kawasan untuk kapal-kapal bersinggah untuk menurunkan barang dan memperoleh barang dari Kawasan tersebut. Contohnya, Melaka dijadikan pusat perdagangan disebabkan kemudahan pelabuhan menarik perdagang asing. Pelabuhan Melaka mempunyai kemudahan-kemudahan fizikal disediakan di pelabahuan-pelabuhan entrepot CITATION UMR18 l 17417 (UM Research Repository , 2018). Kemudahan seperti membaiki kapal dan tempat persinggahan kepada pelayar asing untuk mengelakkan angina monsun. Oleh itu, kegiatan eksport dan import juga dilakukan di pelabuhan.
Pelabuhan dibahagikan kepada pelbagai jenis dan kegunaannya adalah berbeza. Pelabuhan laut juga dikenali sebagai “sea port” di dalam Inggeris dan ia adalah pelabuhan yang paling umum di seluruh dunia. Fungsi jenis pelabuhan ini adalah membolehkan kapal untuk menurunkan cargo besar atau kecil di Kawasan tersebut CITATION Sou18 l 17417 (Dasgupta, 2018). Pelabuhan laut biasa mengendali urusan cargo, oleh itu pelabuhan laut juga dikenali sebagai pelabuhan kargo. Pelabuhan laut bukan sahaja untuk komersial, malah pelabuhan laut juga dijadikan tempat rekreasi. Contohnya, pelabuhan Rotterdam bukan sahaja untuk komorsial, malah ia dijadikan tempat rekreasi CITATION Por18 l 17417 (Port of Rotterdam , 2018). Dalam Rajah 1, pelabuhan Rotterdam dibahagikan kepada -38100274320000bahagian urusan Cargo dan tempat rekreasi.
Rajah 1: Pembahagian pelabuhan untuk tunjuan komerisial dan tempat rekreasi
Sumber: https://theportandthecity.wordpress.com
762018288000
Rajah 2: Pelabuhan Rotterdam
Sumber: HYPERLINK “https://www.google.com” https://www.google.com
Antaranya bahagian biru adalah tempat untuk rekreasi, Kawasan tersebut telah menyediakan Kemudahan tambahan seperti hotel, restoran, kemudahan penerimaan pelabuhan, tandas dan restoran juga untuk perhatian minat orang ramai yang melawat pelabuhan.
Selain itu, Pelabuhan pedalaman juga dikenali sebagai “Inner Port” dalam Bahasa Inggeris adalah pelabuhan dibina berada di perairan pendalaman sungai besar seperti sungai atau tasik CITATION Sou18 l 17417 (Dasgupta, 2018). Mereka boleh sama ada untuk tujuan kargo atau untuk penumpang atau untuk kedua-duanya. Sebahagian daripada pelabuhan pedalaman ini boleh mempunyai akses ke laut dengan bantuan sistem terusan.Beberapa pelabuhan pedalaman juga boleh dibuat khusus untuk tujuan rekreasi sperti aktiviti memancing ikan. Kebiasaanua pelabuhan ini membenarkan kapal bersaiz kecil atau boleh digunakan hanya untuk mengangkut orang dan barang. Contoh pelabuhan pendalaman adalah pelabuhan di Sungai Kahayan di kalimantan Tengah, Indonesia.
Seterusnya, Pelabuhan air suam juga merupakan salah satu jenis Pelabuhan yang jarang dijumpai. Pelabuhan air suam dikenali sebagai “Warm water port” di mana air sungai atau laut tidak akan membeku pada musim sejuk. Oleh itu, pelabuhan jenis ini bebas untuk beroperasi sepanjang tahun tanpa penuntupan sementara CITATION Sou18 l 17417 (Dasgupta, 2018). Contohnya, Pelabuhan Vostochny dan Pelabuhan Odessa merupakan pelabuhan air suam.
327660153733500Akhirnya, Cruise home port merupukan pelaburan khusus dalam menangani aktiviti kapal pesiar, dan menyediakan platform bagi penumpang untuk memasuki dan menurun. Pelabuhan jenis ini juga mampu menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk pelayaran mewah. Contohnya, Pelabuhan Putrajaya merupakan Cruise homeport.
Rajah 3: Pelabuhan pendalaman di Sungai Kahayan di kalimantan Tengah, Indonesia
Sumber: https://www.google.com30480022860000
Rajah 4: Pelabuhan Odessa
Sumber: https://www.google.comright17145000
Rajah 5: Pelabuhan Putrajaya
Sumber: https://www.google.com2.2Perikanan
Perikanan merupakan kegiatan komersil yang selaluya bertujuan membekalkan sumber protein untuk kegunaan manusia atau sebagai bahan mentah industry lain. Sektor perikanan merupakan kegiatan tradisional. Kegiatan perikanan dibahagikan kepada dua jenis iaitu Perikanan pinggir pantai dan perikanan laut dalam.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Perikanan pinggir pantai merupakan aktiviti perikanan dijalankan di Kawasan pinggir pantai yang tidak melebihi 32km yang dilakukan oleh pesisiran nelayan secara tradisional. Aktiviti perikanan dijalankan secara individu dan hasil perikanan adalah untuk jualan di pasar dan diguna keperluan keluarga. Manakala, perikanan laut adalah aktiviti perikanan dijalankan melebihi 32 Km dan berada di Kawasan ZEE yang dilakukan oleh sekumpulan nelayan. Hasil perikanan adalah untuk eksport ke luar negara
Di Malaysia, Sektor perikanan merupakan salah satu sektor yang sangat penting kepada Malaysia. Perkembangan sektor ini telah meningkatkan sumber makanan seiring dengan peningkatan bilangan penduduk CITATION Ali11 l 2052 (Aliff, 2011). Kerajaan Malaysia telah mengambil usaha untuk meningkatkan pengeluaran ikan iaitu mengalakkan ikan dalam laut dan membangunkan sektor akuakultur. Perikanan akuakultur merujuk kepada aktiviti peternakan ikan air tawar sama ada di dalam tasik atau kolam. Perikanan akuakultur ini penting untuk menjamin sumber ikan yang bermusim secara berterusan.

Selain itu, penduduk di Laos juga menjalankan aktiviti perikanan di Sungai Mekong dan membekai hasil ikan di cawangannya. Tonle Sap juga memrupakan Kawasan penting untuk menjalankan aktiviti perikanan bagi membekalkan sumber kepada industry ikan. Oleh itu Sektor perikanan sangat penting dalam aktiviti maritim untuk membangunkan ekonomi negara.

2.3Perlombongan gas asli dan minyak
Ketiga, perlombongan gas asli dan minyak merupakan aktiviti mengeluarkan galian atau bahan geologi berharga lain dari bumi. Perlombongan merupakan satu aktiviti mengeluarkan sumber mineral dari muka bumi. Di Asia Tenggara, negara seperti Indonesia, Filippina dan Vietnam mempunyai potensi dalam sektor perlombongan CITATION Min13 l 17417 (Mining and Development in Indonesia: An Overview of the Regulatory Framework and Policies , 2013) Sektor perlombongan bukan sahaja dijalankan di darat, malah kegiatan perlombongan turut dijalankan di laut. Malaysia merupakan negara yang kaya dengan sumber mineral. Terdapat banyak Kawasan seperti Tapis, Bekok dan Pulai merupakan Kawasan perlombongan petroleum dan gas asli. Sektor perlombongan boleh dikatakan sektor yang memberi banyak sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara.
2.4Pelancongan Maritim
Sektor pelancongan boleh dikatakan perindustrian alternatif memperoleh pendapatan dari pertukaran asing bagi membangunkan negara. CITATION Moh13 l 17417 (Mohammad Nurul Huda Mazumder , 2013). Sektor pelancongan muncul sebagai sektor yang penting bagi negara kurang maju seperti Laos Hal ini kerana sesetengah negara kurang maju menghadapi kekurangan sumber asli. Oleh itu sektor pelancongan merupakan komponen utama kepada negara-negara tersebut bagi mengekalkan belanjawan lebihan.
Pembangunan pelancongan bukan sahaja di darat, malah pelancongan maritim juga amat diberi perhatian sekarang. Pelancongan maritime merujuk kepada aktiviti melawat, melancong atau mengembara ke Kawasan laut atau di pesisiran pantai. Menurut Orams, pelancongan maritim merujuk kepada aktiviti-aktiviti rekreasi yang melibatkan pergerakan manusia dari tempat tinggal ke destinasi di mana persekitaran tersebut berhampiran dengan kawasan pantai CITATION Mar99 l 17417 (Mark&Orams, 1999).
Kapal pesiaran sebagai alat pelancogan maritim semakin berkembang pesat di Asia Tenggara. Malaysia, Thailand dan Singapura telah memberi tumpuan perhatian kepada pembangunan pelancongan pekapalan. Menurut Sinar Harian, jumlah penumpang di rantau ini semakin meningkat setiap tahun dengan laporan Tourism Malaysia menunjukkan bilangan penumpang di Asia telah mencatat peningkatan sehingga 14 peratus sejak 10 tahun lalu dalam kapal pesiaran CITATION SIT13 l 17417 (ISA, 2013).Oleh itu, Kerajaan telah menubuhkan Majlis Pelayaran Malaysia (MCC) sebagai badan pemerintah di semua pelabuhan utama di Malaysia. Kerajaan juga melaksanakan “taman permainan pelayaran” Straits Riviera yang terdiri daripada enam pelabuhan 31242065722500utama dan pelabuhan menengah lain di Malaysia CITATION MAL17 l 17417 (MALAYSIA’S CRUISE TOURISM SHOWS GROWING TREND, 2017).
Rajah 6: Pembangunan Melaka Gateway
Source: gheeliam.net
Projek ini yang akan menjadi Malaysia sebagai taman permainan pelayaran adalah Melaka Gateway, oleh itu kerajaan telah memperuntukkan RM40 bilion (US $ 11 bilion) di Melaka yang akan membuka pintu kepada pelawat pada tahun 2018 CITATION Cor15 l 17417 (Wan, 2015). Terdapat enam pelabuhan utama yang strategic dan mempunyai potensi untuk menjadi persinggahan pelayaran termasuk Pelabun Klang, Pulau Pinang, Melaka, Kuching, Kota Kinabalu dan Langkawi.

3.0Kepentingan dan sumbangan sektor ekonomi maritim terhadap pembangunan ekonomi negara-negara Asia Tenggara.

3.1 Peningkatan peluang pekerjaan yang luas.

Salah satu pengukuran prestasi ekonomi sesebuah negara adalah berdasarkan kadar pengangguran. Kadar pengangguran yang tidak meleihi 4 % menunjukkan pencapaian ekonomi sesebuah negara yang cemerlang, Oleh itu, kerjaan merupakan peranan yang penting bagi menangani isu kadar pengangguran di Asia Tenggara. Kerajaan berusaha membangunkan setiap sektor dengan memperkenalkan pelbagai projek. Kerajaan akan mengupah banyak tenaga kerja untuk menjalankan projek tersebut. Contohnya, kerajaan ingin membina infrastruktur untuk membangunkan pelabuhan dan dapat memberi perkerjaan penduduk sebagai sumber pendapatan, Oleh itu, kerajaan akan mengupah penduduk tempatan untuk membina kemudahan tersebut. Keadaan ini juga mengurangkan gejala sosial yang dicetuskan oleh penganggur. Peningkatan peluang perkerjaan juga membawa penurunan kadar jenayah. Sektor ekonomi telah memberi sumbangan dalam penurunan kadar pengganguran kepada negara Asia Tenggara.
Salah satu sektor memberi sumbangan peluang pekerjaan di Malaysia adalah sektor pembinaan dan pembaikan kapal. Industri pembinaan dan pembaikan kapal di Malaysia merangkumi pelbagai jenis pembuatan kapal dan perkhidmatan disediakan. Menurut laporan Pengangkutan Maritim UNCTAD 2014, Malaysia memiliki 602 buah kapal dan gabungan tan muatan sebanyak 9212 ribu DWT CITATION MID14 l 2052 (MIDA, 2014). Sektor pembinaan dan pembaikan kapal bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan negara tetapi juga telah mengupah seramai 30,000 pekerja pada tahun 2012 CITATION Kha13 l 2052 (Khalid, Harnessing the opportunities in the maritime sector presented by the straits of Malacca, 2013). Jumlah pekerja telah meningkat pada tahun 2013 dari 30,000 orang pekerja ke 35,000 orang pekerja. Limbungan kapal seperti NGV TECH di Pelabuhan Klang dan Limbungan selat Melaka terkenal memberi perkhidmatan yang baik kepada kapal. Oleh itu, banyak kapal asing bersinggah di limbungan tersebut dan memerlukan tenaga buruh untuk beroperasi.
Bagi meningkatkan peluang pekerjaan lagi, kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Pelan Strategik Pembaikan Kapal 2020. Salah satu objektif pelan ini adalah mewujudkan sebanyak 55000 jenis pekerjaan kepada penduduk pada tahun 2020 CITATION Kha13 l 17417 (Khalid, Harnessing the opportunities in the maritime sector presented by the straits of Malacca, 2013). Oleh itu, kerajaan akan melatih 160 orang pekerja teknikal dalam bidang pembinaan dan pembaikan kapal melalui Boustead Heavy Industries Corporation (BHIC) dan Boustead Naval Shipyard.di bawah Progam Ekonomi 44958060198000Transformasi.
Gambar rajah 7: Peningkataan jumlah tenaga kerja dari tahun 2003 ke tahun 2006
Selain itu, sektor perikanan juga semakin berkembang di Tok Bali, Malaysia CITATION Yea06 l 17417 (Lai, 2006) Bilangan nelayan pada tahun 1997 adalah 1726 orang telah meningkat kepada 2106 orang pada tahun 2000. Hal ini menunjukkan perkembangan sektor maritime telah memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk bekerja. Sektor perikanan bukan sahaja berkembang di Malaysia, malah sektor perikanan di Filipina turut memain peranan dalam membangunkan ekonomi. Hal ini kerana kedudukan geografi memberi peluang kepada Filipina untuk membangunkan sektor perikanan. Sektor perikanan di Filipina telah meningkatkan kadar guna tenaga iaitu dari 1, 264,000 pada tahun 2003 meningkat ke 1,427,808 orang pada tahun 2006( rujuk gambar 7) CITATION Vir10 l 17417 (Virola; Romulo A., 2010). Dengan kata lain, sektor maritime telah menyumbangkan 5.3% dalam jumlah tenaga buruh di Filipina.

Di Singapura, sektor pelabuhan telah memberi sumbangan penurunan kadar pengangguran. Hal ini keranan pendaftaran kapal semakin meningkat dari tahun 1996 ke 2015, iaitu 1480 buah kapal meningkat ke 4500 buah kapal CITATION Jac16 l 2052 (Woo, 2016) Hal ini menunjukkan banyak penduduk Singapura menceburi dalam bidang ekonomi Maritim. Selain itu, bilangan tenaga buruh juga meningkat dari tahun 2006 hingga 2016, iaitu dari 100,000 orang pekerja meningkat ke 170,000 orang pekerja (Rujuk Rajah 7). Keadaan ini menunjukkan kadar pengangguran Singapura semakin menurum dari tahun 5029201325880002006 ke 2016 (Rujuk Rajah 8)
Rajah 7: Data menunjukkan penduduk Singapura menceburi ekonomi Maritim
Source: http://www.straitstimes.com/business/economy/long-term-vision-vital-for-maritime-singapore4267201905000
Rajah 8: Data menunjukkan kadar Pengangguran Singapura semakin menurun.

Sumber:https://data.worldbank.org/indicator/SL.UEM.TOTL.ZS?end=2016;locations=SG;page=5;start=20063.2Sumbangan kepada pendapatan negara
Sektor Maritim merupakan salah satu sumber pendapatan kepada negara. Hal ini kerana aliraan wang masuk dapat ditingkatkan apabila negara mengeksport ikan dari sektor perikanan ke luar negara. Sektor pelancongan maritim juga dapat menerima aliran wang asing masuk apabila pelancong belanja di negara tersebut. Apabila pendapatan negara tinggi, taraf hidup rakyat akan semakin baik. Hal ini kerana kerajaan dapat membina infrastruktur yang cekap and menyelidik teknologi yang canggih. Pendapatan negara turut meningkat apabila pekerja di sektor maritim membayar cukai kepada kerajaan.
457200631698000Filippina merupakan salah satu negara mempunyai potensi membangunkan sektor maritim di Asia Tenggara. Hal ini kerana kedudukan geografi filippina adalah kepulaunan. Sektor maritim turut memberi sumbangan dalam peningkatan GDP di FilipinaCITATION Vir10 l 2052 (Virola; Romulo A., 2010). Peningkatan pendapatan dalam sektor maritim dari tahun 2003 hingga tahun 2006, iaitu dari 187,773 PHP ke 265,563 PHP (rujuk rajah 9). Keadaan ini turut memberi peningkatan pendapatan Filipina. Selain itu, industri maritime mempunyai produktiviti yang tinggi terutama dalam sektor perikanan. Peningkatan Produktiviti di sektor perikanan yang tinggi membolehkan filipina mengeksport lebihan hasil ke luar negara dan turut menjana pendapatan negara (Rujuk rajah 10). Sektor pelancongan maritim di filipina juga memberi sumbangan dalam peningkatan pendapatan negara. Sejak 2009, kedatangan bilangan pelancong asing ke semakin meningkat dari jumlah 3,017,000 orang pelancong asing ke 5,967,000 orang pelancong asing pada tahun 2016 CITATION The181 l 2052 (The World Bank , 2018). Pulao Barangay merupakan destinasi pelancongan kedua yang terkenal pelancong di Filipina CITATION Tou16 l 2052 (Touropia , 2016). Kegiatan ekonomi di Pulau Barangay dapat menjana pendapatan negara melalui perbelanjaan yang dilakukan oleh pelancong. Contohnya, pelancong asing membayar caj perhotelan dan membeli produk tempatan industri tersebut. Keadaan ini akan dapat membayar kepada cukai kepada kerajaan seterusnya meningkatkan pendapatan negara.
Rajah 9: Peningkatan pendapatan dalam sektor maritime
Sumber: Report of National Statistical Coordination Board
4419601524000
Rajah 10: Peningkatan eksport di sektor perikanan meningkat dari 2012 hingga 2014
Sumber: https://psa.gov.ph/sites/default/files/fishriestat_2012-2014.pdf
Di Malaysia, setiap kegiatan ekonomi maritime memainkan peranan yang penting dalam menyumbang peningkatan pendapatan negara. Misalnya, perlombongan minyak dan gas asli di Malaysia merupakan industri utama dan menyumbang sebanyak 20 % kepada KDNK negara CITATION Naz12 l 17417 (Khalid, Measuring the contribution of maritime industry to Malaysia economy, 2012). Pengeluaran gas asli dan minyak membolehkan Malaysia mengeksport pertroluem ke luar negara. Australia, India, Thailand dan Jepun merupakan negara pembeli utama petroluem CITATION Jab12 l 17417 (Malaysia, 2012). Oleh itu Malaysia dapat menjana pendapatan apabila eksport petroleum ke negara lain. Contohnya, Pilai dan Duiyong merupakan tempat pelombongan minyak dan gas asli serta Port Dickson dan Tangga Batu menjadi pusat menapis petroleum. Selain itu, sektor perikanan di Malaysia juga telah menyumbang dalam peningkatan pendapatan negara. Sektor perikanan memberi sumbangan 16% dalam KDNK negara pada tahun 2010 CITATION Naz12 l 17417 (Khalid, Measuring the contribution of maritime industry to Malaysia economy, 2012).
Pada tahun yang sama, sektor perikanan telah menyumbang sebanyak RM 1.47 Billion kepada pengeluaran kasar sektor pertanian. Pengeluaran yang tinggi dalam sektor perikanan dapat eksport ke luar negara dan meningkatkan pendapatan negara. Di samping itu, sektor pelancong maritime juga meningkatkan pendapatan negara. Misalnya Pulau Langkawi merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Pulau Langkawi diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikanm Sains dan kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu pada 1 Jun 2007 sebagai Global Geopark pertama di Malaysia dan Asia Tenggara. Pengiktirafan ini membawa peningkatan kedatangan pelancong dari China iaitu peningkatan dari 127, 689 pelancong China pada tahun 2016 ke 380,000 pelancong China pada tahun 2017 CITATION DrA17 l 17417 (Ismail, 2017). Hasil pendapatan daripada perbelanjaan oleh pelancong asing adalah sebanyak RM 5.8 Billion di Pulau Langkawi. Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), sektor pelancongan dianggap pemacu ekonomi. Pada tahun 2010, sektor pelancongan menjana pendapatan sebanyak RM56.5 Billion. Daripada jumlah ini, sebanyak RM1.8 billion adalah dari pelancong asing yang melawat pulau peranginan yng terkenal.
3.3 Sumbangan kepada peningkatan penguasaan teknologi dan kepakaran dalam sektor ekonomi maritim
Dalam mendepani arus globalisasi, penguasaan teknologi amat penting untuk membangunakan ekonomi negara. Kebanyakan sektor bergantung kepada teknologi untuk meningkatkan hasil pengeluaran. Peningkatan hasil pengeluaran dapat meluaskan pasaran dan meningkatkan pendapatan negara. Misalnya, teknologi perikanan tangkapan dapat meningkatkan hasil berbanding Teknik tradisional penangkapan ikan Oleh itu, kebanyakan negara di Asia Tenggara bermula memindah teknologi dari luar negara dan mengupah kepakaran menjalankan kajian penyelidikan dan pembangunan (R;D).

Pemindahan teknologi dari luar negara apabila Kerajaan Thailand akan bekerjasama Korea Railroad Research Institution (KRRI) dalam sektor pelabuhan pada masa depan. KRRI merupakan kepakaran teknologi dalam pembinaan terusan, Oleh itu KKRI mencadangkan bahawa membina terusan perkapalan di Kra Isthmus untuk memudahkan pengerakan kapal antara laut India dan laut Pasifik CITATION Gar16 l 17417 (Peters, 2016). Pembinaan terusan ini dapat menjimatkan masa dan memendekan jarak antara Kawasan.
right825500
Rajah 11 : Cadangan membina terusan di Kra Isthmus
Sumber:https://www.ship-technology.com/features/featurekra-canal-rail-to-the-rescue-4669058/Di Singapura, Kerajaan berusaha menarik pakar atau syarikat luar negara bekerjasama dalam sektor maritim. Kebanyakan syarikat dan pakar- pakar adalah terdiri daripada syarikat teknologi. Misalnya, Singapura bekerjasama dengan Penta Ocean Construction, Syarikat Hyundai dan Boskalis International untuk membangunkan projek perhentian Tuas Fasa Kedua. CITATION Dea17 l 17417 (Deals this week: MPA, Hurtigruten, Star Bulk Carriers, 2017). Perhentian Tuas akan dapat menumpang sebanyak 21 juta unit kargo selepas projek tersebut tamat pada tahun 2027. Inovasi yang terbaru seperti e-kren juga akan dihasilkan dengan pakar-pakar. Seterusnya, Maritime and Port Authority of Singapore (MPA) juga bekerjasama dengan Research Council of Norway (RCN) dalam petukaran teknologi maklumat, penyelidikan dan pembangunan dalam sektor maritime, dan melatih pakar dalam bidang teknologi maritime persekitaran dan tenaga lestari CITATION MPA18 l 17417 (MPA announces record seven agreements at Singapore Maritime Technology Conference: Projects to focus on connectivity, 2018). Seterusnya, MPA juga bekerjasama dengan Finnish Technology group Wartsila Corporation untuk membangunkan teknologi maritime dalam pecutan digital, keselamatan siber-fizikal dan operasi pintar pelabuhan. Di samping itu, Keppel offshore dan Marine juga bekerjasama dengan MPA membangun kapal automatik yang mampu menjalankan operasi pelabuhan. MPA bukan sahaja meningkatkan tahap teknologi bertujuan menjimatkan kos dan memberi perkhidmatan yang baik, malah kerajaan Singapura juga menyelidikan teknologi maritim yang dapat membantu menjaga alam sekitar. Misalnya, tujuan “Green Ship Programme” adalah menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi menghasilkan gas asli cecair sebagai alternatif sumber petrol CITATION Mar17 l 17417 (Marex, 2017). Program ini dapat mengurangkan sebanyak 25 % pencemaran laut di Singapura.

Selanjutnya, kerajaan Malaysia telah merancang “Pelan Strategik Pembinaan dan Pembaikan kapal 2020” . Bagi merealisasikan rancangan ini, Persatuan industri maritime Malaysia bekerjasama dengan Industri teknologi tinggi kerajaan Malaysia (MIGHT) melatih pekerja mahir, memperkuat rangka kerja institusi dan memperkenalkan kebajikan polisi. Dalam pelan ini, beberapa rancangan telah dilaksanakan. Misalnya, Industri Pembaikan kapal Bousteas Heavy telah inisiatif beberapa reka bentuk “offshore” yang dapat menampung kapal yang mempunyai teknologi mesra alam. Prototaip kapal akan bermula bina pada tahun 2016 CITATION Eva15 l 17417 (Grey, 2015).

Tambahan pula, Philippine Coast Guard (PCG) juga bekerjasama dengan Japan International Cooperation Agency (JICA) dalam sistem trafik perkapalan pada tahun 2018. Projek ini bernilai 1.5juta Yen akan dilancarkan di Cebu. Sektor maritim ekonomi di filipina amat penting disebabkan kedudukan geografi. Oleh itu, kebanyakan kapal terlibat dalam ekonomi maritime. Bagi mengurangkan kemalangan kapal di Cebu, Teknologi VTMS telah diperkenalkan bagi mengendalikan trafik di Pelabuhan Mactan dan Pelabuhan Cebu CITATION 15B18 l 17417 (1.5 B Yen vessel traffic management system launched in Cebu to boost maritime safety, 2018). Hal ini kerana Pelabuhan Mactan dan Pelabuhan Cebu merupakan salah satu pelabuhan yang sibuk di Filippina. Radar stesen akan dibina di Talisay, Bantolinao di bawah projek ini. Selain itu, JICA juga menyediakan sistem komunikasi kepada PCG, biro perikanan dan Aquatic Resource Vessels. Tujuan sistem ini dinaik taraf adalah membantu mengendalikan trafik di pelabuhan dan memudahkan memperoleh data tentang kemalangan maritim dan jenayah maritime.
4.0Kesimpulan
Kesimpulannya, sektor ekonomi maritim memainkan peranan yang penting dalam membangunkan ekonomi di asia tenggara. Sektor ekonomi maritime dapat mengurangkan kadar pengangguran dengan menyediakan pelbagai kerja kepada rakyat. Penurunan kadar pengangguran dapat mengurangkan kes jenayah. Apabila rakyat mendapat pekerjaan, rakyat dapat membeli barang dan perkhidmatan yang diperlukan akan menaik taraf hidup mereka. Seterusnya, Sektor ekonomi maritime juga dapat meningkatkan pendapatan negara. Apabila lebihan hasil daripada sektor perikanan dan kegiatan perlombongan minyak dan gas asli, lebihan hasil akan eksport ke negara lain seterusnya mendapat keuntungan. Tamabahan pula, peingkatan pendapatan negara apabila kapal dari luar negara untuk menggunakan perkhidmatan di pelabuhan seperti pembinaan dan pembaikan kapal. Perbelanjaan oleh pelancong asing juga dapat meningkatkan pendapatan negara dari segi petukaran asing, Apabila pendapatan negara meningkat, kerajaan dapat menyediakan pelbagai projek dan membina lebih banyak infrastruktur. Penyediaan infrastruktur dan pelbagai projek dapat merangsangkan ekonomi di Asia Tenggara. Sektor ekonomi maritime juga dapat meningkatkan penguasaan teknologi. Pembangunan sektor ekonomi maritim dapat menarik pakar-pakar luar negara bekerjasama dari segi teknologi maritim. Oleh itu, kerajaan Asia Tenggara perlu merancang dasar yang memberi insentif kepada sektor swasta dan pelabur asing bagi membangun sektor ekonomi maritim. Peranan sektor swasta dan pelabur asing sangat penting kerana mereka memindahkan teknologi dari luar negara ke Asia Tenggara. Selain itu, kerajaan perlu menaik taraf kepada pelabuhan yang sedia ada dan bukannya menambahkan kuantiti pelabuhan. Perkhidmatan yang baik di pelabuhan akan menarik banyak kapal luar untuk bersinggah di pelabuhan tersebut. Di samping itu, Kerajaan Asia Tenggara perlu mempromosikan tempat pelancongan melalui ASEAN Tourism Forum. Promosi yang kuat dapat memberi maklumat lebih teliti kepada pelancong asing untuk melawat ke Asia Tenggara. Oleh itu kerajaan juga perlu menyediakan pelbagai perkhidmatan di pesisiran pantai bagi menarik perhatian pelancong asing. Isi-isi tersebut adalah strategik bagi membangunkan sektor maritime ekonomi di Asia Tenggara supaya sektor ini tidak akan disingkirkan.
References
BIBLIOGRAPHY 1.5 B Yen vessel traffic management system launched in Cebu to boost maritime safety. (2018, February 19). Retrieved from Japan International Coperation Agency : https://www.jica.go.jp/philippine/english/office/topics/news/180219.html
(2018, April 4). Retrieved from UM Research Repository : http://studentsrepo.um.edu.my/335/8/BAB7.pdf
Aliff, M. R. (2011). PERKEMBANGAN PERUSAHAAN PERIKANAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA: ISU DAN PERSOALAN. JATI, 265-299.

Dasgupta, S. (2018, April 14). What Are Different Types of Ports For Ships? Retrieved from Marine Insight : https://www.marineinsight.com/ports/what-are-the-various-types-of-ports/
Deals this week: MPA, Hurtigruten, Star Bulk Carriers. (2017, April 27). Retrieved from Ship Technology : https://www.ship-technology.com/news/deals-week-mpa-hurtigruten-star-bulk-carriers/
Grey, E. (2015, May 28). Southeast Asia’s shipbuilding evolution. Retrieved from Ship Technology : https://www.ship-technology.com/features/featuresoutheast-asias-shipbuilding-evolution-4572766/
ISA, S. Z. (2013, Oktober 13). Kapal pesiairan makin popular. Retrieved from Sinar online: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/kapal-persiaran-makin-popular-1.207554
Ismail, D. A. (2017, July 28). Aset Langkawi tarikan pelancong. Retrieved from Utusan Online: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/pelancongan/aset-langkawi-tarikan-pelancong-1.508092
Khalid, N. (2012, December 2). Measuring the contribution of maritime industry to Malaysia economy. Retrieved from Maritime instituiton of Malaysia: http://www.mima.gov.my/mima/wp-content/uploads/Contribution%20to%20economy%20FINAL%20(Dec2012)(1).pdf
Khalid, N. (2013). Harnessing the opportunities in the maritime sector presented by the straits of Malacca. Malaysia : Maritime Institute Of Malaysia (MIMA).

Lai, Y. H. (2006). Penglibatan Buruh Thai Dalam Perusahaan Perikanan Pukat Jerut Di Tok Bali. In H. H. Idris, Asia Tenggara Kontempori (pp. 160-206). Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Malaysia, J. P. (2012). PERANGKAAN PETROLEUM dan GAS ASLI . Kuala Lumpur : Jabatan Perangkaan Malaysia .

MALAYSIA’S CRUISE TOURISM SHOWS GROWING TREND. (2017, July 11). Retrieved from Tourism Malaysia: https://www.tourism.gov.my/media/view/malaysia-s-cruise-tourism-shows-growing-trend
Marex. (2017, February 3). Singapore Expands Green Technology Research. Retrieved from The Maritime Executive: https://www.maritime-executive.com/article/singapore-expands-green-technology-research#gs.ok8WU3U
Mark;Orams. (1999). Marine tourism: development, impacts, and management. International Journal of Tourism Research, 261-264.

MIDA. (2014). Laporan Prestasi Pelabuhan Malaysia 2014. Kuala Lumpur : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.

(2013). Mining and Development in Indonesia: An Overview of the Regulatory Framework and Policies . Australia : International Development Centre.

Mohammad Nurul Huda Mazumder . (2013). Regional Tourism Development in Southeast Asia. Transnational Corporations Review, 60-76.

MPA announces record seven agreements at Singapore Maritime Technology Conference: Projects to focus on connectivity. (2018, April 26). Retrieved from Bunkers Port News: http://www.bunkerportsnews.com/News.aspx?ElementId=13d4db2b-6a79-48be-8ffe-d511c85b7bef
Peters, G. (2016, January 12). Kra Canal: digging a shipping route across Thailand. Retrieved from Ship Technology : https://www.ship-technology.com/features/featurekra-canal-rail-to-the-rescue-4669058/
Port of Rotterdam . (2018, April 14). Retrieved from https://www.portofrotterdam.com/en/the-port/recreation
Sanchez, J. M. (2018, April 14). The Rotterdam Experience. Retrieved from The port and the city : https://theportandthecity.wordpress.com/2015/11/11/the-rotterdam-experience/
The World Bank . (2018, April 30). Retrieved from International tourism, number of arrivalsPhilippines: https://data.worldbank.org/indicator/ST.INT.ARVL?locations=PH
Touropia . (2016, November 7). Retrieved from 10 Top Tourist Attractions in the Philippines: http://www.touropia.com/tourist-attractions-in-the-philippines/
Virola; Romulo A. (2010). TOWARDS A SATELLITE ACCOUNT ON THE MARITIME SECTOR IN THE PHILIPPINE SYSTEM OF NATIONAL ACCOUNTS: PRELIMINARY ESTIMATES. Philippines: National Statistical Coordination Board.

Wan, C. (2015, Februrary 23). traits Riviera: Malaysia’s cruise playground of the East? Retrieved from Travel Weekly Asia : http://www.travelweekly-asia.com/Malaysia/Straits-Riviera-Malaysia-s-cruise-playground-of-the-East
Woo, J. (2016, September 13). Long-term vision vital for Maritime Singapore. Retrieved from The Straits Time : http://www.straitstimes.com/business/economy/long-term-vision-vital-for-maritime-singapore

Post Author: admin

x

Hi!
I'm Chloe

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out
x

Hi!
I'm Ted!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out